Asura Ōtsutsuki[1] | |||||
(大筒木アシュラ, Ōtsutsuki Ashura) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Debut | |||||
Manga | Bab #462 | ||||
Anime | Naruto Shippūden Episode #203 | ||||
Film | 'The Last: Naruto the Movie' | ||||
Permainan | 'Naruto Shippūden: Ultimate Ninja Impact' | ||||
Penampilan | Anime, Manga, Film, dan Permainan | ||||
Pribadi | |||||
Tanggal Lahir | 8 Juni | ||||
Jenis Kelamin | Laki-laki | ||||
Status | Mendiang | ||||
Kekkei Genkai | Elemen Kayu (Hanya di Anime) | ||||
Klasifikasi | Petapa | ||||
Klan | Klan Ōtsutsuki | ||||
| |||||
| |||||
| |||||
|
Asura Ōtsutsuki (大筒木アシュラ, Ōtsutsuki Ashura) adalah anak lelaki bongsu kepada Hagoromo Ōtsutsuki yang telah dipilih menjadi pewaris kekuatan ayahnya. Ia juga merupakan moyang kepada seluruh klan Senju, dan juga Klan Uzumaki.
Latar Belakang[]
Sewaktu kecil, potensi serta bakat Asura agak tenggelam dek kegeniusan abangnya yang bernama Indra. Hal ini kerana Asura tidak mampu menunjukkan bakatnya sendiri. Disebabkan itu, Asura berusaha keras membuatkan orang ramai mengakui kewujudannya sebelum akhirnya membangkitkan kekuatannya sendiri yang setara dengan Indra.
Menghampiri saat kematiannya, Hagoromo memilih Asura untuk meneruskan impiannya bagi mewujudkan kedamaian bagi dunia. Indra, percaya bahawa dirinya lebih layak menyambung hasrat ayahnya, lalu memutuskan untuk menentang Asura dalam usaha merampas segalanya yang dia rasakan seharusnya menjadi haknya hanya kerana disebabkan Indra merupakan anak sulung. Keturunan Indra - yang akan menjadi Klan Uchiha - akan terus bertarung dengan keturunan Asura yang akan dikenali sebagai Klan Senju.[2]
Kepribadian[]
Asura percaya bahawa cinta dan kasih sayang adalah kunci utama yang menjurus kepada kedamaian sejagat. [2] Meskipun lahir sebagai anak kandung kepada Pendeta Enam Jalan, Asura lahir tanpa sebarang bakat semulajadi, tapi disebabkan hal ini, dia belajar bahawa pentignya unsur kerjasama dengan orang lain. Melalui kerja keras dan tekad, dia akhirnya mampu membangkitkan kekuatan sendiri. Kerana dirinya yang sentiasa mengutamakan nyawa orang-orang di sekelilingnya, dia akhirnya dipilih menjadi penyambung legasi ninshū ayahnya, Hagoromo inginkan seluruh dunia untuk saling menjaga satu sama lain tanpa sebarang diskriminasi.
Penampilan[]
Asura memiliki rambut pendek, wajah runcing, dua tocang yang dibalut dengan kain seakan-akan serban membentuk kedua sisi wajahnya dengan cara yang sama dengan abangnya. Dia juga memakai pelindung dahi kosong tanpa sebarang logo mahupun corak. Asura mengenakan kimono berwarna cerah yang dihiasi dengan magatama di sekitar kerah. Kimono tersebut turut dipakai bersama tali pinggang berasakan kain yang berwarna gelap.
Kemampuan[]
Saat masih kecil, Asura dianggap sebagai seorang yang tidak berbakat berbanding abangnya, Indra yang dikenali kerana kemahirannya. Selama bertahun-tahun, melalui kerja keras serta tekad yang membara, ditambah sokongan dari orang-orang di sekelilingnya, Asura berjaya membangkitkan kekuatan sendiri: membangkitkan kekuatan kehidupan "tubuh" seperti ayahnya, dan tenaga fizikal; kekuatan yang setara dengan Indra. Dia juga menjadi pemimpin yang dihormati, mempunyai ramai pengikut setia bersamanya. Hal ini yang menyebabkan ayahnya tanpa sebarang keraguan untuk memilihnya dia menjadi individu yang layak menyambung falsafah ninshū.
Dalam pertempuran, Asura dilihat berada dalam tubuh makhluk menyerupai musang gergasi berkepala tiga, mempunyai enam tangan yang memegang beberapa bola berwarna hitam. Makhluk yang menyerupai Kyuubi ini mampu bertarung menentang Susanoo dengan tubuh sempurna milik Indra.[3] Asura juga dilihat memegang shakujō, serta pedang dalam waktu yang berbeza.
Warisan[]
Hagoromo pernah berkata bahawa chakra Asura akan terus wujud bahkan setelah anaknya itu meninggal dunia, dan chakra tersebut telah mengalir ke dalam tubuh beberapa individu sepanjang zaman yang akan mewarisi semangat Ninshu. Antara pewaris chakra milik Ashura yang tersohor sewaktu era Perang Dunia Shinobi ialah Hashirama Senju, pemimpin Klan Senju yang terkenal dengan jolokan "Dewa Ninja" disebabkan kemampuannya. Naruto Uzumaki merupakan pewaris chakra Asura buat era ini.
Cita-cita Asura juga membantu ayahnya untuk mewujudkan masa depan baru yang lebih baik bagi dunia, dan dengan ini ia menggunakan Penciptaan Semua Hal untuk memisahkan chakra Ekor-Sepuluh menjadi sembilan binatang berekor, memberi masing-masing nama, dengan harapan bahawa akan tiba saat dimana, mereka semua akan bertemu kembali sebagai satu keluarga tanpa memerlukan tubuh Ekor Sepuluh, dan akan munculnya seseorang pada waktu itu untuk menjelaskan kepada mereka apa itu erti kekuatan sejati. Binatang-binatang tersebut percaya individu yang dimaksudkan Hagoromo adalah Naruto.
Trivia[]
- Persaingan Indra dan Asura dan keturunan mereka (Uchiha dan Senju) berasal dari agama Hindu dan Buddha di mana para Dewa, yang dipimpin oleh Indra, dalam pertempuran terus-menerus melawan Asura.
- Avatar pertempurannya cocok dengan namanya, Asura sering digambarkan sebagai makhluk yang berperang dengan tiga wajah dan enam lengan.
- Asura percaya bahwa cinta adalah kunci untuk perdamaian, mungkin sama dengan "Kehendak Api" milik Hashirama Senju yang berevolusi dari keyakinannya. Demikian pula, keturunan saudaranya bangkit melawan ini, mewarisi "Kutukan Kebencian".
- Seperti ayahnya, Asura memegang sebuah shakujō dalam pertempuran. Pilihan senjata bisa mewakili keinginannya untuk cinta dan perdamaian, sementara pilihan saudaranya dari pedang bisa melambangkan nafsu akan kekuasaan.